Thursday 2 July 2015

HARI TEMU MESRA 2015

Kepada,
Semua Ibu Bapa / Penjaga Tingkatan 1, 2 dan 4
SMKA Sheikh Haji Mohd Said,
70400 Seremban.

Tuan / Puan,

HARI TEMU MESRA 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Hari Temu Mesra di antara Ibu bapa/Penjaga, Guru dan Pelajar pada ketetapan berikut:

        Tarikh:    14 Julai 2015 (Selasa)
        Masa:      10 pagi
        Tempat:   Bilik Darjah

3.     Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi membincangkan prestasi akademik, sahsiah dan kokurilum ana-anak/jagaan tuan/puan.

4.    Ibu bapa / Penajag boleh mendapat keputusan peperiksaan tersebut melalui laman web sapsnkra.moe.gov.my. Sila bawa bersama keputusan tersebut semasa berjumpa dengan guru.

5.    Kehadiran tuan/puan sangat dihargai bagi menandakan keperihatinan tuan/puan terhadap kemajuan pelajaran anak-anaj/jagaan tuan/puan di sekolah ini, Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment